Tuesday, December 16, 2008

WELCOME TO CEKALISTIKs BLOG



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,


Kepada Cekalistik sekalian dan pembaca lain yang dihormati. Di sini saya ingin memperkenalkan sebuah blog khas buat kelas 5 Cekal 07' yang akan di 'update' oleh pelajar-pelajar Cekalistik sendiri. Blog ini di bina adalah bertujuan untuk kita semua Cekalistik group bersama-sama berkongsi cerita, aktiviti menarik, rahsia, tips-tips dan macam-macam lagi di blog ini. Harap maaf dengan blog Cekalistik yang dahulunya, kerana terdapat kesilapan di blog tersebut, maka blog Cekalistik secara rasminya akan bertukar kepada yang ini. :)
Seperti sedia maklum, Cekalistik merupakan sebuah kumpulan pelajar 5 Cekal 07' dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak yang rock lagi brutal! ;) Jadi, amatlah sayang kalau kita semua terputus persahabatan kita yang erat sejak kita di bangku sekolah menengah lagi semata-mata mengejarkan diploma, ijazah dan cita-cita dan impian yang lain. Di blog ini, kami, Izzwan dan Adlina, sebagai CEO blog ini ;) akan menjaga blog ini dengan baik dan berharap agar semua Cekalistik dapat berkumpul di sini dan meng'update' diri mereka dari semasa ke semasa. Di harap, blog ini akan berkekalan sehinggalah kita tua nanti insyaAllah (Tak ke rock nanti dah umur 50 tahun still update blog di sini dan masih berhubung dengan Cekalistik lain ;) ) Oleh itu, kami sangat berharap, Cekalistik sekalian akan membina sebuah email khas (etc: gmail) bagi mendaftarkan diri anda sebagai followers blog ini. Dan kami sangat berharap CEKALISTIK SEMUA akan menceritakan kisah hidup atau apa yang telah dilalui, perit manis, susah payah semuanya..kita sebagai sebuah keluarga besar yang rapat eloklah berkongsi bersama-sama dan menolong rakan-rakan kita.
Oleh itu, kami The CEOs dengan bangganya akan memberikan email dan password blog ini kepada Cekalistik semua dan berharap anda menjaganya dengan baik dan DILARANG sama sekali memberikan password kepada orang luar selain Cekalistik. HAKCIPTA TERPELIHARA. Harap Cekalistik semua dapat menghormati peraturan ini! Terima kasih..Jadi apa lagi..sila la blogging :) Have fun dengan writing anda dan jangan segan-segan nak luahkan perasaan dah harap Cekalistik lain dapat menyimpan rahsia :) Terima kasih kerana membaca.
Wassalam,
Izzwan & Ed
(The CEOs)

No comments:

Post a Comment